PENDIDIKAN: Budaya Membaca

Saya sempat singgah menjenguk ke perpustakaan mini AEON Mall sebentar tadi. Lain betul suasananya berbanding masa zaman saya sewaktu kecil-kecil dulu. Pengunjungnya jelas tidak seramai dahulu. Sunyi-sepi seakan memahami teori konsep perpustakaan.

Ianya bukanlah sesuatu pemandangan yang indah. Saya berkesempatan menggunakan khidmat carian Google dan mencari sedikit maklumat untuk memahami dengan lebih lanjut senario ini. Saya ingin berkongsi tentang fakta budaya membaca di kalangan kita yang mana:

  • Menurut laporan UNESCO, melalui National, Regional and Global Trends pada 2016, kadar literasi rakyat Malaysia adalah sebanyak 98.4%. Kerajaan meletakkan kadar sebanyak 99% yang hendak dicapai menjelang 2020.
  • Indeks Budaya Dunia 2017 menunjukkan rakyat Malaysia menggunakan masa kurang daripada 5 jam seminggu (sumber:TheStar Online, 9.12.2018) untuk membaca, berbanding India (10.7 jam),Thailand (9.4 jam) dan China (8 jam).
  • Kajian Interim Tabiat Membaca 2014 yang dilaporkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (sumber: Berita Harian, 12.4.2018) mendapati rakyat Malaysia membaca 15 buku setahun. 
  • Kajian yang sama juga menyatakan majalah adalah pilihan rakyat Malaysia iaitu sebanyak 62.8% dan diikuti akhbar (61.2%), buku ilmiah (54.8%), novel dan fiksyen (47%), bacaan dalam talian (46.4%), fiksyen (29.9%), komik (25.3%) dan jurnal (19.9%).

Budaya membaca di kalangan kita masih agak ketinggalan. Tabiat ini makin berkurang bila anak-anak melangkah ke alam universiti. Membaca itu gedung ilmu. Marilah kita berazam untuk belajar menyintai tabiat ini. Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan bacaan adalah seperti:

  1. Menganjurkan kelab buku atau santai bersama buku di mana kita memilih satu buku sebagai bacaan dan sediakan waktu tertentu untuk sama-sama membaca dan bersantai serta membincangkan pendapat masing-masing tentang buku yang dibaca.
  2. Menyediakan kawasan dan pustaka buku yang lebih menarik. Tak semestinya perpustakaan itu kena senyap sunyi sepi. Sedikit kecerian dengan berlatarbelakangkan lagu-lagu ilmiah di ruang-ruang tertentu mungkin dapat menarik minat anak-anak membaca.
  3. Pertandingan membaca dan bercerita hendaklah dipergiat dan di tambah dengan elemen menarik dan kreatif untuk menarik minat si cilik.
  4. Sosial media juga boleh membantu menanam minat membaca. Para instafamous, youtubers dan sebagainya sekali-sekala digalakkann mengadakan slot buku menarik dan menyampaikan ulasan secara kreatif dan berinteraksi dengan netizen.
  5. Memperbanyakkan lagi sumber bahan bacaan dalam bentuk e-book dan mengadakan perpustakaan digital bersesuaian dengan trending dan cara hidup zaman serba ‘pintar’ ini.

Arahan dan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS sendiri jelas menekankan betapa penting aspek membaca dalam kehidupan.

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan
(QS Al-Alaq; 1)

Islam menganjurkan umatnya membaca untuk mendapat ilmu dan sesungguhnya amal tanpa ilmu adalah suatu kegilaan sedangkan amal tanpa ilmu adalah suatu yang sia-sia. Ianya haruslah seiring, dan orang yang berilmu diangkatkan martabatnya di dalam masyarakat. Marilah membaca kerana banyak kepuasan dan kebahagiaan akan ditemui dengan membaca.

Dunia adalah ibarat sebuah buku, dan mereka yang membaca pastinya sudah mampu menawan dunia.

CERPEN: Segulung Ijazah di Puncak Bukit

Di puncak bukit itu, dia tersenyum gembira. Hari ini, mereka berjaya. Gigih dia ber’selfie’ untuk kenangan dan perkongsian rakan seperjuangan, dan tak lupa juga untuk si dia, musuhnya yang dulu bagi isi dengan kuku. Sungguh, manusia itu tidak bersamanya menikmati kejayaan mereka, tetapi dia yakin,bukti ‘selfie’ ini sudah cukup bukti untuk membuat kebenciannya itu cemburu dan cemburu lagi.

Cuma yang dia tidak tahu, musuhnya itu tak pernah membencinya. Tidak sedalam kebencian yang ada dalam dirinya, tidak setinggi kemarahan yang lahir dalam jiwanya. Atau mungkin, sebab dia tahulah buat benci dan marahnya meluap-luap.

Orang yang dibencinya itu orang yang dia kenal sejak lahir lagi. Orang yang mula dia pandang tinggi, pada mulanya. Seorang kakak yang sangat dia cemburui. Rajin membaca, sampaikan semua orang menggelarnya perpustakaan bergerak. Dari kecil sudah pandai bermain organ, tapi dia tak pernah diberi peluang untuk ke kelas belajar muzik. Semuda enam belas tahun, sudah jauh merantau nun di utara negara, kemudian tamat SPM, terus pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Makin jauh dia merantau. Makin disebut-sebut abah mama, makin dirindu-rindu semua di tanah air. Sedangkan dia, dengan berbekal tak cukup A, masih layak masuk ke asrama seusia tiga belas tahun, tapi terpaksa diinjak keluar ke sekolah kebangsaan bila keputusan PMR yang tak memberangsangkan. Di sekolah kebangsaan, khusyuk fokus dia dengan sukan, olahragawati sekolah, wakil negeri untuk pasukan bola jaring, bab sukan dia ‘number one’! Itulah agaknya, kuat betul dia mengutuk kakaknya itu yang memang lembik lemah bila bersukan, hinggakan nak mendaki tangga rumah yang dua tingkat itu pun bersesak-sesakan. Terlalu gah dia bersukan, dia leka dengan pelajaran. Tak macam kakak, keputusan SPM dia nak kata cukup makan pun, belum tentu. Terlalu banyak hinggat tak lepas gred satu. Terpaksalah dia mula dari bawah. Syukur, alhamdulillah, Allah masih bagi jalan padanya. Dari kolej ‘biasa-biasa’, dia terpilih untuk memasuki Universiti Teknologi MARA. Dia masih menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran ke luar negara macam kakaknya. Sungguh, berkeras dia berusaha. Dia yakin sebab usaha kerasnyalah melayakkan dia menamatkan Diploma dengan cemerlang hingga melayakkan dia mendapat Anugerah Dekan. Misi ke luar negara harus diteruskan. Ijazah Sarjana Muda dari óversea’ harus digenggaminya. Puas mama abah mencari biasiswa, tetapi dia tak layak. Kursusnya bukan kursus kritikal. Dek kasih dan demi cita-cita anak, gigih abah mama pergi Bank Rakyat buat pinjaman. Dia teruskan belajar untuk setahun dia Manchester, tempat kakaknya dulu, tapi bukan di universiti yang kakak pergi. Hanya sekadar salah-satu kolej universiti yang dinaiktaraf menjadi universiti. Alhamdulillah, sebab keputusan cemerlang Anugerah Dekan, dia hanya perlu menamatkan pelajaran di sana selama setahun untuk mendapat ijazah.

Rezekinya Allah bagi lagi. Tak habis dia bergraduasi, sudah ditawarkan kerja di tanah air bersama syarikat minyak dan gas ternama. Itu mula detik kegemilangannya. Mungkin kakaknya hebat bergelar jurutera, tetapi dia lagi hebat mendapat kerja bersama syarikat ternama Fortune500 itu.

Panjang cerita musuhnya dalam diam. Cuma yang buat kakaknya tak faham, kenapa sehingga hari ini dia tak mahu berbicara? Adakah dia hidup penuh penafian?

Kini, masing-masing sudah ada kehidupan masing-masing. Tapi, dari kejauhan, mungkin ada rasa cemburu dan masih ingin bersaing di dalam hatinya. Abang iparnya kerja, mewah gajinya. Kakak pula, murah rezeki dengan anak-anak yang cergas cerdas. Dia pula, masih mencari-cari hala kerjaya suaminya, anak pula menjadi dugaannya. Yang menjadi, gugur. Yang lahir, meninggal. Mujur ada seorang, anak bijak pandai yang terang hatinya. Yang beza hanya dua hari dari umur anak kakaknya yang ketiga. Kali ini, dia ‘menang’. Anak kakak masih gagap membaca, anak dia antara terbijak di sekolah. Anak kakak tak pandai muzik, anak dia pergi belajar piano setiap minggu. Tapi, yang peliknya, itu semua apa yang dia mahu tandingi. Tak nampakkah dia, kakaknya tak rasa ingin bertanding langsung perihal itu?

Bencinya meluap-luap hingga lah satu hari, bila abang iparnya ‘buat hal’memberi komen kurang sopan dalam kumpulan WhatsApp keluarga Besar. Terus diarahnya si sepupu tutup kumpulan itu, katanya nak jaga hati makcik-makcik. Akur si sepupu. Kakak sepupu yang lebih tua menyokong tindakannya. Terus dinaikkan status di Facebook ala-ala ‘sek kito jange pecoh!’ Yang si kakak tak faham. Mengapa harus mereka mengasingkan suami si kakak dari keluarga? Komen itu sudah pun si suami jelaskan dan mohon ampun pada orang yang terkena tempias, tapi mereka yang berlebih-lebihan. Bila kakak tanya, dengan gah dia berkata ‘aku memang dah lama tak suka cara abang. aku berlakon okay je selama ini.’ Bila ditanya lagi, boleh dikhabarkan ‘aku tak suka dia sakitkan hati keluarga dan keturunan aku!’Marah lah kakak dengan kesombongannya itu. Keturunan ‘aku’ sepatutnya tak salah kalau ditukar dengan kata ‘kita”.

Nak ajak bersemuka? Dia tak mahu. Bila berjumpa di malam raya, dia bersalam minta maaf selamat hari raya, tanpa menjelaskan segala, kemudian dicanangnya yang dia sudah minta ampun tapi kakak yang sombong. Bila bertembung di majlis keluarga, cepat-cepat dia lari tak mahu berada di tempat yang sama. Si suami pun sama ‘hebatnya’. Tiada orang menuduh dayus, dengan mewah dia memberitahu pada mama yang dia dituduh dayus. Keras tuduhan itu. Dayus itu bila engkau tak boleh jaga maruah bini kau, atau bini engkau sendiri tak boleh jaga maruah kau. Macam manca bini kau tak jaga maruah kau? Bila aurat di depan mahram tak dijaga rapi, hanya sepertiga lengan yang ditutup sedangkan yang melihat itu sepupu sepapat yang bukan mahramnya. Bila bebas dia bergaul dengan teman sekerja, bergurau-senda, walaupun dia tahu lelaki itu pernah meluahkan isi hati perasaan cinta padanya, biarpun sekarang lelaki itu sudah berkeluarga dan suaminya juga rapat dengan sesama mereka. Bila angkuh tak mahu duduh serumah dengan suaminya kerana kerjayanya lebih cerah bila di menara. Itu boleh menyebabkan jatuh dayus seorang suami. Tapi, kalau kau ada alasan yang munasabah, yang darurat tak mampu kau elak, Allah itu Maha Adil. Tak perlu menjawab pada sesiapa, kamu semua pastinya lebih hebat dapat berdebat di depan Tuhan. Sedayus-dayus kamu, kakak dulu lagi hina. Seluar ‘hot pants’, t-short tak berlengan, mata ber’contact lens’ hijau, rambut merah ungu. Masa kakak berperilaku begitu, abang tak dayus kah? Itu ujar kamu. Kau tahu, kau ada benarnya. Kakak kau sangat berdosa. Dia bukan orang baik-baik. Sampai hari ini, setiap langkah disusun istighfar, setiap datang waktu mustajab doa beristighfar, setiap tahjud dhuha beristighfar… takkan habis dosa mereka kalau nak dihitung. Rahmat dan kasuh Tuhan Yang Maha Penerima Taubat lah harapan mereka, dan izinkanlah mereka mengejar rahmat itu. Dan mereka tak pernah putus mendoakan buat kalian semua, sebab syurga itu indah dan azab Allah itu tak terluah dengan kata-kata.

Hari ini, di puncak bukit itu, sedang riuh di Facebook mempersoalkan ijazah tulin atas palsu pak-pak dan mak-mak menteri, dia tersenyum gembira. Bak kata kakak sepupunya yang agak dangkal madahnya, ‘walaupun terjalin semula hubungan yang terputus, parutnya masih tetap ada. lebih tenang diputuskan sahaja mendiam diri dari berhubung.’ Hari ini, di puncak bukit itu, dengan ijazah dari ‘oversea’, dengan pangkat pengurus dia menara kerjaya, dengan anak bijak cantik petah berkata, dengan suami yang sangat ‘understanding’ membiarkan sahaja dia menjadi hebat, dia sudah cukup yakin, semua usahanya berbaloi. Dia sudah berjaya. Tambahan pula bila kakak yang bijak pandai itu, kini hanyalah suri-rumah lemah yang sakit tak pernah lelah dan abang ipar yang tak pernah nak jaga hari keturunannya itu tidak direzekikan apa-apa pendapatan. Dia sudah berjaya. Anaknya pun pandai bermain muzik. Cukup lengkap cita-citanya. Dia sudah berjaya. Dan yang lebih membanggakan bila mereka berjaya membuat abah bersuara menghina abang iparnya di khalayak ramai. Dia rasa itu yang selayaknya. Dia lupa, sebabkan dia dan kakak sepupunya, abahnya lupa diri, terus ingin memutuskan silaturrahim seperti yang sedang dia lakukan.

Cuma dia lupa, usaha itu, bukan usaha dia. Dan dia tak mahu ada orang mengingatkannya kerana dia mahu tenang. Dia sanggup berdiam dari mencari kebenaran dan memberi kebenaran.

Dia belum tahu perkataan istidraj.

Dia belum kenal siapa Pencipta yang memberi ijazah, kemampuan dia memanjat bukit, kejayaan dia di puncak kerjaya.

Moga satu hari, dia ditunjuk jalan, seiring dengan dengan doanya sehari-harian, ih dinas sirotul mustaqim… moga dia faham apa yang dia ucapkan.

Cuma dia perlu tahu satu, kakak dia dah lama maafkan dia. Habis tanggungan kakak di dunia ini. Kalau sungguh berputus, kakak sudah serah segala pada Ilahi. Dan kakak tak pernah mendoakan yang buruk. Adik, bertaubatlah. Taubat itu manis. Berhentilah membawa semua orang yang kau sayang ke jurang neraka. Sakit jatuh gaung bukit itu pun, belum tentu mampu kita tanggung.

Parenting: Helping Children Deal with Their Feelings

The school’s mother circle had our first meeting for the year last Friday. We talked about children feelings (and mommies’ feeling as well 🙂 ). Our discussion was based on Chapter 1 of How to Talk so Kids Will Listen (by Adele Faber & Elaine Mazlish) and try to apply it based on Khalifah Method Parenting. It was a good sharing that I thought the need of sharing it here as well.

It has been our tendency to immediately react to the children issues or problems by addressing the ‘solution’ first before trying to understand the whole scenario. We don’t usually make any effort to really understand what is actually bugging them, but we offer solutions based on our ‘experience’ and assumptions. We keep forgetting to remind ourselves that our children are also individuals who have their own opinions, feelings and experience things differently as themselves.

In order for us to manage our children correctly, we should learn to manage their feelings accordingly. Being able to manage their feelings, will help us a lot in managing their life. How can we learn to manage them?

Listen to our children, acknowledge our children and their feelings. Do not shut them immediately when they express or wanting to share their opinions with us. Listen to them. Identify what distract us from listening and responding to them the correct manner. What makes us ‘so busy’ and occupied that we couldn’t take time off to listen to our children issues? Yes, sometimes children would just voice out their issues at not an appropriate time, while we were driving, cooking and doing some other chores. But please don’t just shut them immediately. Explain to them ‘I want to hear your problem, but can we talk about it later as I have to finish what I’m currently doing? If I forgot, could you please remind me?’ And, yes, please come back to them. Start treating them as one of an important individual that you have to give your time like other individuals.

Don’t immediately deny our children feeling. Out of habit, we will always deny our children feeling before we really listen to their issues and try to understand the issues. Just as simple as :

“I don’t like my sister.” Our ‘defensive’motherly insticnt would reply “You shouldn’t said that. She is your sister.”

We should learn to únderstand why our children say it in the first place. Would it be just a one-off occasion, or just want to grab our attention or perhaps just in need of a pair of ears to just listen to them? By denying their feelings immediately, we might start an argument with them or they decided not to share their feelings and shut us off immediately.

Being an adult, we should show empathy. Children with empathy will grow up in a very positive and healthy environment and able to understand things and situation better. Children with empathy have higher tolerance with others as compared to those who have none. They would be able to figure out the solutions in most issues as they understand why people react and respond in certain manners.

When listening to children’s problem, give names to their feelings. Just feed them with vocabularies that describe their current emotions so they would understand their own feelings and put the right words in the right context. One can feel so down and stressed out, but one must need to identify was it because of the anger, frustration, upset or just a mellow feeling because of the ‘weather’. Anger might have a lot different level of anger, anger because of betrayals, or feeling upset or many others. Some words might be to ‘bombastic’ and ‘high end for the children, Just feed them when appropriate. Don’t be scared for they would learn better when they understand when to use it at the right time.

Put what has been outlined in Khalifah Method in practice in order to help our children to deal with their feelings:

  1. Incalculate love in parenting
  2. Reinforce the right values, rewards if necessary
  3. Be firm but kind

In helping children to cope with their issues, we can help them understand better by being creative such us describing the whole scenario (visual socialize) and what to expect so they don’t think we are denying them when things happen not as expected, and we should always encourage them to depend on Allah, He gives (or don’t) what’s best for our own benefits.

Mommies, never put our children’s frustration as your frustration. Everything that they are going through is part of their learning in living their life. Love them, truly! Love them much!!! 

NAMA ALLAH: 8. Al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa)

Allah SWT Al-Aziz ialah Allah Yang Maha Mulia dan Perkasa. ‘Aziz dengan sebeutan ‘ain ialah perkasa manakalah Aziz dengan alif ialah lemah. Allah Yang Maha Mulia dan Perkasa bermakna tiada sesuatu pun yang menandingi Allah SWT.

Maka ketika datang azab kami, kami selamatkan Soleh beserta umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.(Hud 11:66

Tiga perkara yang disebut dengan sifat Allah SWT Al-‘Aziz adalah:

1. Mulia Allah SWT tiada tandingan dan Allah memuliakan seiapa yang memuliakan Allah SWT. Kita dimuliakan bukan kerana kekuatan kita, tetapi kerana Allah SWT menutub keaiban kita. Taat pada Allah SWT, iaitu, perkara wajib dibuat betul-betul, yang sunat banyakkan, yang haram ditinggalkan betul-betul, yang makhruk hindarkan.

A052
Doa kesihatan / kekuatan fizikal.

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
(Hud 11:52)

Mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Al-Munaafiquun 63:8)

2. Mulia Allah SWT daripada yang disyirikkan oleh orang kufur. Syirik percaya kepada Allah, dan juga percaya kepada perkara lain berkuasa. Allah tetap mulia walaupun disyirikkan dengan sesiapa atau apa-apa.

Akuilah kesucian Tuhanmu, – Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, – dari apa yang mereka katakan!(As-Saaffaat 37:180)

3. Mulia Allah SWT itu kekal. Allah SWT itu dipuji setiap masa setiap bahasa. Manusia dan segala makhluk Allah SWT tiada yang kekal mulia mereka.

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.(Faatir 35:10

Lima golongan orang yang tidak mendapat kemuliaan Allah Al-‘Aziz.

1. Orang yang berilmu, tidak mengamalkan ilmunya. Orang yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, Allah SWT akan memberi dia tahu ilmu yang dia tidak tahu.
2. Orang yang beramal ilmu yang ada, tetapi tidak dengan keikhlasan.
3. Orang yang ada harta tanpa manfaat. Harta itu, biar ada di tangan tapi bukan di hati.
4. Orang yang tidak beramal dan tidak berakhlak pada diri sendiri dan manusia lain.  
5. Orang yang tidak pandai menjaga dan mengurus waktunya. 

DesertRose,,, Allah
#100daystoRamadhan
#day8

NAMA ALLAH: 7. Al-Muhaimin (Yang Maha Menjaga / Memerintah / Menguasai)

Tidak ada manusia yang suka dirinya terhina, tetapi banyak manusia lupa sebenarnya Allah SWT lah pemilik kemuliaan. Al-Muhaimin yang memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya dan menghina sesiapa yang Dia kehendaki.

1. Allah Al-Muhaimin menjaga manusia dari kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Akan ada orang yang memberi peringatan dan menyampaikan kebenaran kepada manusia. Tidak akan diazab sesuatu kaum itu melainkan diutus pemberi ingat. Maka jika diberi ingatan dan menegur, dengarkan dan teliti teguran sebelum menolaknya. Orang yang mengikut perintah dan petunjuk Allah tidak takut dan bersedih hati kerana dilindungi oleh Allah Al-Muhaimin. Allah SWT akan membinasakan sesuatu kaum itu adalah dengan memberi hati yang tidak tenang.

Hadis Nabi SAW: Akan ada sentiasa segolong dari umatku , sentiasa menzahirkan kebenaran, dia tidak akan dimudaratkan orang yang membencinya. Telah datang ketentuan daripada Allah SWT.


Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
(Asy-Syu’araa’ 26:208)


Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.
(Al-Baqarah 2:38

2. Allah Al-Muhaimin menjaga manusia dari bisikan syaitan.Syaitan berjanji untuk menyesatkan anak-anak Adam. Dan Allah SWT juga berfirman sesungguhnya tiada kekuasaan bagi syaitan yang ingin menyesatkan melainkan Allah SWT. Selagi kita mengikut dan akur perintah Allah SWT, Allah Al-Muhaimin akan menjaga kita.

Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,(Al-Hijr 15:39)


“Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
(Al-Hijr 15:42

3. Allah Al-Muhaimin menjaga manusia dari azabNya bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Azab Allah SWT datang dari pelbagai bentuk contoh bencana, penyakit, kesusahan dan sebagainya. Orang yang taad pada Allah SWT, Allah Al-Muhaimin tidak akan menurunkan azab-azab sedemikian. Allah Al-Muhaimin menjaga orang-orang yang beriman bukan sahaja dari segi rohani, tetapi juga jasad yang baik, dan tidak mengaibkan.


Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.
(Al-Anbiyaa’ 21:9

Al-Muhaymin.  The Guardian.  He who watches over and protects all things (Helper in Peril).
#100daystoRamdahan
#delayed2days

NAMA ALLAH: 6. Al-Mukmin (Yang Maha Memberi Keamanan)

Allah Al-Mukmin adalah Tuhan Yang Maha Memberi Keamanan dan Ketenangan di dalam hati orang-orang yang beriman. Orang beriman berasa aman dan tenang , tidak takut dengan urusan dunia dan hanya takut Allah SWT.Perassan takut Allah SWT gambarkan seperti ayat berikut:

Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
(Al-Ahzaab 33:9

Orang-orang yang beriman akan dicabut rasa takut. Perasaan takut yang manusia seria rasa adalah seperti berikut:

1. Takut sakit dan mati.
Allah sembunyikan kematian kita untuk kebaikan kita sendiri. Kita tidak tahu bila datangnya mati, tetapi kita boleh usahakan untuk kematiaan kita, husnul khotimah ataupun su’ul khotimah. Di dalam Islam, orang mukmin tidak disuruh untuk takut pada kematian. Yang disuruh adalah rasa takut selepas mati. Jika kita rasa takut atas apa yang akan terjadi selepas mati, akan Allah cabut rasa takut pada kematian.

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Al-Anbiyaa’ 21:35)

Katakanlah: “Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)”.(Al-An’aam 6:15)

2. Takut kegagalan.
Allah berjanji manusia adalah apa yang diusahakannya. Dari sejak lahir, di perut ibu lagi, rezeki kita telah ditetapkan. Kita tidah harus takut atau rungsing kegagalan tetapi kita harus memaksimakan usaha kita. Orang yang memaksimakan usahanya, Allah akan cabut rasa takut ada kegagalan.

Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.(Al-Jaathiyah 45:22)

3. Takut pada kata-kata orang lain
Orang yang beriman tidak menghiraukan apa pendapat kat kata orang selagi mana apa yang dilakukannya bertetapan dengan syarak. Yang perlu kita risaukan adalah celaan Allah SWT, bukan celaan orang. Bangunkanlah peribadi mulia dan tetap pada syarak, jangan bangunkan topen semata-mata untuk menghalang celaan manusia; takut nanti tercabut atau tertanggal topeng itu.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.(Al-Maaidah 5:54

(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.(An-Nisaa’ 4:52)

4. Takut kemiskinan
Orang yang takut pada kemiskinan akan berani melibatkan perkara-perkara terlarang untuk mengelakkan dari menjadi miskin. Allah SWT menjamin rezeki orang-orang yang beriman. Siapa yang berusaha untuk bertakwa, Allah SWT akan cabut rasa takut pada kemiskinan.

Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. ‘(Al-Jinn 72:15)

 ..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),(At-Talaaq 65:2


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:3)

5. Takut hilang kasih sayang
Orang yang takut pada hilangnya kasih sayang sanggup melakukkan maksiat dan perkara-perkara terlarang. Orang yang beriman tidak mempunyai rasa demikian.

Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.(Taha 20:112)

Rasulullah SAW bersabda, “Man la Yarham, la Yurham..”-Hadis Riwayat Muslim. Maksudnya, barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.


Allah Al-Mukmin, Allah Yang Maha Memberi Keamanan seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran : Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.(Quraisy 106:4

Al-Momin. The Inspirer of Faith.  He who awakes the light of faith in our hearts.
#100daytoRamadhan
#delayedday6

NAMA ALLAH: 5. As-Salam (Yang Maha Memberi Keselamatan)

Nama Allah SWT As-Salam ialah Allah SWT Yang Maha Memberi Keselamatan dan Kesejahteraan. Dalam Al-Quran, banyak ayat-ayat Allah SWT yang menggambarkan Allah Yang Maha Memberi Keselamatan. Allah Yang Memberi Keselamatan kepada hambaNya.

Berdoalah kita: 
Allahumma antas salam-waminkas salam
Wa ilaika ya u'udus salam
Fahyyina rabbana bissalam
...
Ya Allah, Engkaulah keselamatan, 
Dan dari Engkaulah keselamatan, 
Hidupkanlah kami dengan keselamatan.

Bercakap mengenai Allah SWT As-Salam, bermohonlah kita diselamatkan daripada 8 perkara.

1. Keselamatan hidup di dunia

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.(Al-Baqarah 2:201)

2. Keselamatan daripada gangguan syaitan. Mohon perlindungan dari Allah As-Salam daripada gangguan syaitan. Hasutan syaitan adalah bisikan yang merancang, manakala hasutan nafsu merengek. Bila syaitan tak berjaya membisik, syaitan akan cuba mensyirikkan manusia. Mohonlah perlindungan dari Allah As-Salam.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Fussilat 41:36)

3. Keselamatan daripada tipu daya nafsu. Allah menyatakan bahawa nafsu itu sentiasa mengajak kepada kemaksiatan dan kita takkan mampu melawan nafsu tanpa bantuan Allah As-Salam. Hendak melawan diri / nafsu sendiri lebih susah daripada melawan orang luar. Hadis Nabi SAW “Seberat-berat musuh kamu adalah nafsu yang berada di antara dua lambung kamu.” Terdapat di lambung ini adalah perut dan di bawah perut. Nafsu di kedua-dua tempat ini sering membawa manusia ke arah kejahatan.

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Yusuf 12:53)

4. Keselamatan daripada tipu daya dunia. Dunia ini kehidupan yang menyenangkan tetapi tidak memberi ketenangan. Kesenangannya membuatkan manusia lupa bahawa ia hanya sementara.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(Al-Hadiid 57:20

5. Keselamatan ketika hendak mati. Ketika waktu tersebut, seseorang akan bertarung dengan iblis yang hendak merampas imannya. Kita memohon daripada Allah dari fitnah kematian ini. Jika seseorang itu sentiasa mengingati Allah As-Salam ketika hidupnya, Allah As-Salam tidak akan meninggalkannya ketika berada di ambang kematian. Allah As-Salam memerintahkan kita memohon untuk mati dalam keadaan Islam.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(A-li’Imraan 3:102)

6. Keselamatan dari siksa kubur. Kita juga perlu memohon keselamatan dari fitnah kubur kerana kubur adalah satu di antara dua lubang iaitu samada lubang keselamatan atau lubang siksa. Kita semua, suka atau tidak, akan dihantar ke kubur. Azab kubur ini memang wujud. Mengikut riwayat hadis mengenai Nabi SAW lalu di suatu tempat, berhenti dan memacakkan kubur dengan pelepah tamar kerana jenazah di dalamnya sedang disiksa, bukan kerana dosa-dosa besar tetapi ringan seperti mencucuk orang supaya bergaduh, tidak menjaga ketika buang air, menjadikan sembahyang tidak sah. Pelepah basah itu berzikir selama mana ia basah dan semoga dapat membantu jenazah di dalam kubur.

7. Keselamatan dari padang mahsyar. Dalam hadis Nabi SAW, ada disebutkan mengenai Baitulmaqdis sebagai bumi bermulanya padang mahsyar. Maksudnya dibukakan alam ghaib di padang mahsyar bermula daripada Baitulmaqdis. Manusia bangkit di padang mahsyar dalam keadaan bogel, masing-masing sibuk memikirkan hal sendiri dan tidak tahu di mana hujung di mana pangkal, kanan ke mana atau kiri ke mana.
Orang beriman akan dilindungi di bawah arasy Allah SWT untuk berihat dan terdiri dari 7 golongan:
i. Orang yang suka memakmurkan masjid, hatinya suka pada masjid
ii. Orang yang suka bersedekah (ikhlas)
iii. Orang yang menghidupkan malam
iv. Orang yang berkasih sayang (berukhuwah)- bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
v. Orang yang meninggalkan maksiat yang mampu dibuatnya (contoh, boleh saja bergaduh, tetapi meninggalkannya)
vi. Pemimpin yang adil
vii. Orang yang mengalirkan airmatanya kerana bertaubat kepada Allah SWT

8. Keselamatan di titian siratul mustakim dan neraka. Keselamatan di titian Siratul Mustaqim dan keselamatan daripada neraka. Untuk ke Syurga manusia akan melalui titian yang di bawahnya adalah api neraka.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(At-Tahriim 66:6

As-Salaam.  The Source of Peace. He who frees His servant from all danger.

#100daystoRamadhan
#day5

NAMA ALLAH: 4. Al-Qudus (Yang Maha Suci)

Allah Al-Qudus , Allah Mahu Suci dan wajib kita sebagai hambaNya mensucikan Allah SWT daripada lima perkara berikut:

1. Mensucikan Allah Al-Qudus daripada Tuhan selain Allah SWT.
Nabi Adam a.s. mengajar anak-anaknya mensucikan Allah daripada segala-galanya. Syirik bermula apabila kaum Nabi Hud AS dan Nabi Nuh AS mula mencipta patung-patung sembahan.

(Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.(At-Tuur 52:43)

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;(Al-Ikhlaas 112:1

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
(Al-Ikhlaas 112:2

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
(Al-Ikhlaas 112:3)

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
(Al-Ikhlaas 112:4

2. Mensucikan Allah Al-Qudus daripada mempunyai bentuk-bentuk tertentu.
Jauhi diri daripada kepercayaan Allah mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti mempunyai tangan, kaki dan sebagainya. Manusia adalah sesempurna kejadian dan diakui dalam kalam Allah. Sudah pasti Allah SWT yang mencipta manusia itu lebih sempurna daripada apa yang diciptaNya. Berfikirlah tentang cipta-ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang Zat Allah kerana kita tidak akan mampu memikirkannya. Jangan menggambarkan Allah berdasarkan ayat-ayat Quran.

3. Mensucikan Allah Al-Qudus daripada sifat syirik.
Manusia yang percaya kepada Allah SWT tetapi turut percaya ada kuasa yang lain yang membantunya, itu sudah mensyirikkan Allah SWT. Allah Al-Qudus jauh dari pada segala apa kuasa yang diciptaNya. Jangan mulakan syirik, jika kebetulan terjadinya apa yang dipercayai (melain Allah), manusia akan mempercayainya selama-lamanya dan terus mensyirikkan Allah.

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.(At-Taubah 9:31)

4. Mensucikan Allah Al-Qudus daripada sifat-sifat buruk.
Ada manusia yang menyangka Allah itu tidak adil, menzalimi dan sebagainya, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sangkakan. Allah SWT tidak menzalimi kita, yang menzalimi kita adalah kita sendiri.

Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka.(Hud 11:101

5. Mensucikan Allah Al-Qudus daripada sifat-sifat kekurangan.
Mustahil Allah SWT itu lemah, Maha Suci Allah daripada segala sifat yang kurang. Apabila doa tidak termakbul, jangan sekali-sekali berfikir yang Allah SWT tidak mendengar doa kita. Tuhan yang sama lah yang memakbulkan doa Nabi Ibrahim AS menyejukkannya di dalam bakaran api.

Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu; dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Ia dari apa yang mereka sifatkan!(Al-An’aam 6:100

Berdoa lah dengan penuh yakin, jangan malas dan jangan jemu. Dengan mensucikan kelima-lima perkara tersebut, akan terjagalah aqidah manusia bertauhid dengan Allah Al-Qudus. Demi sesungguhnya, kita tidak akan masuk syurga kerana amalan-amalan kita, tetapi atas keredhaan Allah SWT.

Al-Quddus.   The Pure One.  He who is free from all errors.

#100daystoRamadhan
#day4

NAMA ALLAH: 3. Al-Malik (Yang Maha Menguasai)

Allah Al-Malik adalah Allah Yang Maha Menguasai dan kita adalah makhluk yang dimiliki oleh Allah SWT.

1. Allah Yang Menguasai Dengan Sepenuhnya.
Al-Malik tidak bergantung dengan apa-apa pun. Kuasa Allah memiliki kuasa mutlak atas segala-galanya. Seorang Raja atau pemimpin masih memerlukan rakyat dan pengikutnya dan itu sudah cukup membuktikan setiap makhluk akan saling bergantung antara yang lain. Kuasa Allah tidak bergantung dengan sesiapa dan apa, cukup hanya dengan “kun fa-ya-kun”; jadi, jadilah ia.

Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!”(Al-Mu’minuun 23:88)

2.Segala yang ada dan wujud adalah milik Allah.
Allah SWT adalah Pencipta, Pentadbir dan Pemilik atas apa yang ada termasuklah nasib, takdir, harta, anak dan semuanya. Al-Malik memberi apa yang dimilikNya kepada kita sebagai hadiah untuk kita jaga dan bersyukur sebaik-baiknya. Berusahalah kita untuk mentaati amanah dan hadiah hak penjagaan dari Yang Maha Menguasai selaras dengan syariat. Hindari dari benda yang haram dan syubahat.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(A-li’Imraan 3:26

3. Hebat dan agungnya Allah SWT Yang Maha Menguasai serta kerdilnya kita.
Wajib bagi setiap makhluk Allah SWT melihat diri kita amat kerdil di sisi Allah Al-Malik. Setiap makhluk di bumi dan di langit bertasbih kepada Allah SWT kecuali manusia. Manusia sering lupa untuk bertasbih dan berzikir mengingati Allah Yang Maha Menguasai.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(At-Taghaabun 64:1

Berdoalah kita. Mohonlah Ya Allah, aku tak minta untuk menolak qadhaMu Ya Allah, tetapi aku minta kasih dan sayangMu daripada ketatapan ini. Mohonlah kebaikan dari Allah. Allah Al-Malik harus menjadi tempat kita memohon segala-segala. Wajib kita mencurahkan segalah ketaatan pada Allah Yang Maha Menguasai. Allah SWT tidak akan mensia-siakan segala amalan orang-orang yang baik.

أسماء الله :: 03

#100daystoRamadhan
#day3