Kemurungan: Apa Yang Membebankan Pelajar

Kita baru dalam bulan pertama Tahun 2019. Harapan Cikgu agar semua pelajar boleh mengadaptasikan tingkatan baru, pelajaran baru seelok-eloknya. Akhir-akhir ini, kita biasa membaca perihal pelajar-pelajar murung dan pelbagai berita tidak enak. Menurut Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2017, jumlah remaja yang murung sehingga mahu membunuh diri ada sebanyak 10%, di mana Kuala Lumpur, Selangor dan Labuan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 13.2%, 12.8% dan 12.3%. Angka ini agak membimbangkan.

Antara sebab yang menyebabkan kemurungan di kalangan remaja adalah:

  • Perubahan sahsiah: fasa peralihan dari peringkat kanak-kanak ke peringkat remaja.
  • Mencari identiti, pengaruh rakan sebaya (merokok, dadah, social)
  • Tekanan dan harapan daripada ibubapa dan guru, persediaan menghadapi peperiksaan besar
  • Tekanan kehidupan, kemiskinan, budaya & persekitaran
  • Teknologi

Ibubapa dan guru, ambillah tahu perihal anak-anak remaja kita. Mereka mungkin lebih gemar menjauhi diri berbanding semasa mereka di peringkat kanak-kanak. Berkomunikasilah dengan mereka seakrabnya. Antara cara berkomunikasi yang berkesan:

  • Dengar luahan mereka, bukan memarahi dan bersyarah jika tidak perlu.
  • Berlembutlah dalam tegas.
  • Akui dan fahami perasaan mereka
  • Percaya naluri kita. Jika perlu anak-anak mendapat rawatan professional, bantulah mereka seadanya.

Cikgu harap sangat tahun ini, tidak ada cerita-cerita sedih tentang hilangnya nyawa anak remaja kerana kemurungan. Kita tidak boleh lari daripada masalah, hadapilah dengan waras dan tabah.

Artikel Untuk Portal Pendidikan ‘Sembang-sembang Cikgu Halimah’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s