NAMA ALLAH: 5. As-Salam (Yang Maha Memberi Keselamatan)

Nama Allah SWT As-Salam ialah Allah SWT Yang Maha Memberi Keselamatan dan Kesejahteraan. Dalam Al-Quran, banyak ayat-ayat Allah SWT yang menggambarkan Allah Yang Maha Memberi Keselamatan. Allah Yang Memberi Keselamatan kepada hambaNya.

Berdoalah kita: 
Allahumma antas salam-waminkas salam
Wa ilaika ya u'udus salam
Fahyyina rabbana bissalam
...
Ya Allah, Engkaulah keselamatan, 
Dan dari Engkaulah keselamatan, 
Hidupkanlah kami dengan keselamatan.

Bercakap mengenai Allah SWT As-Salam, bermohonlah kita diselamatkan daripada 8 perkara.

1. Keselamatan hidup di dunia

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.(Al-Baqarah 2:201)

2. Keselamatan daripada gangguan syaitan. Mohon perlindungan dari Allah As-Salam daripada gangguan syaitan. Hasutan syaitan adalah bisikan yang merancang, manakala hasutan nafsu merengek. Bila syaitan tak berjaya membisik, syaitan akan cuba mensyirikkan manusia. Mohonlah perlindungan dari Allah As-Salam.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Fussilat 41:36)

3. Keselamatan daripada tipu daya nafsu. Allah menyatakan bahawa nafsu itu sentiasa mengajak kepada kemaksiatan dan kita takkan mampu melawan nafsu tanpa bantuan Allah As-Salam. Hendak melawan diri / nafsu sendiri lebih susah daripada melawan orang luar. Hadis Nabi SAW “Seberat-berat musuh kamu adalah nafsu yang berada di antara dua lambung kamu.” Terdapat di lambung ini adalah perut dan di bawah perut. Nafsu di kedua-dua tempat ini sering membawa manusia ke arah kejahatan.

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Yusuf 12:53)

4. Keselamatan daripada tipu daya dunia. Dunia ini kehidupan yang menyenangkan tetapi tidak memberi ketenangan. Kesenangannya membuatkan manusia lupa bahawa ia hanya sementara.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(Al-Hadiid 57:20

5. Keselamatan ketika hendak mati. Ketika waktu tersebut, seseorang akan bertarung dengan iblis yang hendak merampas imannya. Kita memohon daripada Allah dari fitnah kematian ini. Jika seseorang itu sentiasa mengingati Allah As-Salam ketika hidupnya, Allah As-Salam tidak akan meninggalkannya ketika berada di ambang kematian. Allah As-Salam memerintahkan kita memohon untuk mati dalam keadaan Islam.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(A-li’Imraan 3:102)

6. Keselamatan dari siksa kubur. Kita juga perlu memohon keselamatan dari fitnah kubur kerana kubur adalah satu di antara dua lubang iaitu samada lubang keselamatan atau lubang siksa. Kita semua, suka atau tidak, akan dihantar ke kubur. Azab kubur ini memang wujud. Mengikut riwayat hadis mengenai Nabi SAW lalu di suatu tempat, berhenti dan memacakkan kubur dengan pelepah tamar kerana jenazah di dalamnya sedang disiksa, bukan kerana dosa-dosa besar tetapi ringan seperti mencucuk orang supaya bergaduh, tidak menjaga ketika buang air, menjadikan sembahyang tidak sah. Pelepah basah itu berzikir selama mana ia basah dan semoga dapat membantu jenazah di dalam kubur.

7. Keselamatan dari padang mahsyar. Dalam hadis Nabi SAW, ada disebutkan mengenai Baitulmaqdis sebagai bumi bermulanya padang mahsyar. Maksudnya dibukakan alam ghaib di padang mahsyar bermula daripada Baitulmaqdis. Manusia bangkit di padang mahsyar dalam keadaan bogel, masing-masing sibuk memikirkan hal sendiri dan tidak tahu di mana hujung di mana pangkal, kanan ke mana atau kiri ke mana.
Orang beriman akan dilindungi di bawah arasy Allah SWT untuk berihat dan terdiri dari 7 golongan:
i. Orang yang suka memakmurkan masjid, hatinya suka pada masjid
ii. Orang yang suka bersedekah (ikhlas)
iii. Orang yang menghidupkan malam
iv. Orang yang berkasih sayang (berukhuwah)- bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
v. Orang yang meninggalkan maksiat yang mampu dibuatnya (contoh, boleh saja bergaduh, tetapi meninggalkannya)
vi. Pemimpin yang adil
vii. Orang yang mengalirkan airmatanya kerana bertaubat kepada Allah SWT

8. Keselamatan di titian siratul mustakim dan neraka. Keselamatan di titian Siratul Mustaqim dan keselamatan daripada neraka. Untuk ke Syurga manusia akan melalui titian yang di bawahnya adalah api neraka.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(At-Tahriim 66:6

As-Salaam.  The Source of Peace. He who frees His servant from all danger.

#100daystoRamadhan
#day5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s