PENDIDIKAN UMUM: Adab dan Etika Ber-WhatsApp

Hidup di era revolusi sistem teknologi dan komunikasi yang berkembang pesat, tentunya majoriti antara kita dari setiap peringkat umur mengakui betapa berpengaruhnya saluran-saluran media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan juga saluran-saluran interaksi berkumpulan seperti WhatsApp, Telegram dan WeChat.

Hari ini, masuk minggu kedua persekolahan dan pastinya bagaikan satau kewajipan dan tradisi akan ada individu atau pihak tertentu yang akan menubuhkan kumpulan WhatsApp kelas, sekolah, persatuan dan sebagainya. Ada segolongan manusia mungkin gemar dan bersetuju dengan penubuhan kumpulan ini, ada yang mungkin tidak menggemari dan akan keluar serta-merta, dan ada juga golongan yang majoritinya tidak ambil peduli dan tidak hirau ada atau tidak mereka di dalam kumpulan itu.

Secara peribadinya, saya tidak berapa gemar berada di dalam suatu kumpulan besar yang tidak saya kenali ahli-ahlinya, namun saya rasa perlu untuk saya berada di dalam kumpulan tersebut untuk mendapat berita-berita terkini dan perkembangan perihal aktiviti anak-anak dan sekolah. Namun, saya akui, setiap kali ada kumpulan baru, saya ‘gerun’ memikirkan siapa, apa, bagaimana dan ke mana arah perbincangan dalam kumpulan WhatsApp yang baru ditubuhkan. Ibarat nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak, saya sentiasa berada di ambang kerisauan.

Image result for adab whatsapp
Beradablah dengan matang apabila berkomunikasi di saluran umum

Tujuan asalnya memanglah untuk berkongsi perihal sekolah, aktiviti anak-anak dan perkara berbangkit sahaja. Namun, lazimnya, pasti akan ada penyalah-selenggaraan dari pihak-pihak tertentu. Kumpulan sosial yang diwujudkan bukanlah untuk kepentingan individu. Marilah kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan bertoleransi dan faham tentang adab dan etika ber-WhatsApp supaya orang ramai dapat memanfaatkan teknologi yang sedia ada untuk membantu pembangunan dan keperibadian insan.

Mungkin perkara-perkara berikut dapat kita lazimi supaya komunikasi di dalam kumpulan WhatsApp menjadi lebih sihat dan tidak terkeluar dari motif asal kumpulan itu ditubuhkan.

  • Jangan sentuh isu sensitive melibatkan agama, bangsa, bahasa dan politik. Hormatilah hak orang lain.  
  • Bila masuk kandang kambing cubalah mengembek, masuk kandang kerbau menguaklah.
  • Jangan kritik ibubapa dan pelajar lain. Juga, tolonglah jangan kritik guru-guru di dalam kumpulan yang belum tentu kita kenal semua ahlinya!
  • Kumpulan Whatsapp itu tempat luahan rasa kita, bukan untuk membawang. Itu bukan caranya.
  • Rumpun kita rumpun beradab. Banggalah dengan budaya turun-temurun itu. Jagalah adab.

Perbetulkan niat kita, untuk kebaikan semua orang. Jangan pentingkan diri sendiri.  Jangan sampai teknologi yang sepatutnya digunakan sebaik mungkin menjadi lubuk dosa tanpa kita sedari.

Sempena tahun baru, bulan baru, kumpulan WhatsApp baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk mendidik masyarakat dan membantu meninggikan sahsiah dan keperibadian diri kita dan juga komuniti kita dengan menjad adab kita sewajarnya dalam berinteraksi dengan orang ramai. Semoga kita dapat membantu negara untuk mencapai menjadi negara yang masyarakatnya bertamadun dan maju mindanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s